KASPI

Hari Ini

   

Atur Cara Seminar

Hubungi Kami

Terkini

Tarikh Akhir Penerimaan Abstrak: 27 OGOS 2014         Tarikh Pengesahan Penerimaan Abstrak: 3 SEPTEMBER 2014        Tarikh Akhir Penerimaan Kertas Kerja Penuh: 17 SEPTEMBER 2014            Tarikh Akhir Pembayaran Yuran: 1 OKTOBER 2014            Terima Kasih ... Jumpa Lagi...


Pengenalan


 

Tamadun Islam yang melatari multi dimensi dalam kepelbagaian etnik, seumpama rumpun bangsa Melayu, China dan India dalam masyarakat di Asia menjadi sebahagian daripada tarikan perbahasan peradaban global ilmuan dan cendekiawan dari pelusuk dunia masa kini. Melalui peningkatan peranan masyarakat Islam Asia di dalam pelbagai aspek membabitkan isu sejarah Islam & Tamadun, budaya, pendidikan, sosial, sains teknologi, ekonomi dan lain-lainnya, telah membawa kecenderungan agar isu-isu terkini dapat diperbahaskan dan dibincangkan dengan lebih mendalam bagi mendapatkan idea-idea yang baru dan segar sekaligus menyumbang ke arah dinamika ilmu di bawah konteks pembelajaran Tamadun Islam, Tamadun Asia Dan Hubungan Etnik di Malaysia khasnya.
 

Seminar Tamadun Islam, Tamadun Asia  Dan Hubungan Etnik (SeTH) 2014 ini dianjurkan buat kali ke-4 oleh Pusat Pengajian Teras, USIM, sebagai salah satu platform interdisiplinari diskusi ilmu di antara ilmuwan dan pelajar bagi mewujudkan kerangka berfikir yang bersesuaian dengan pengalaman sejarah, tradisi dan tuntutan agama mengenai hal ehwal Tamadun Islam, Tamadun Asia dan Hubungan Etnik. Secara keseluruhannya, seminar ini diharapkan mampu menyemarakkan budaya perkongsian dan penerokaan ilmu melalui sesi pembentangan kertas kerja berkaitan oleh para pembentang dari dalam dan luar USIM, sekaligus berusaha ke arah mencapai objektif pendidikan bersepadu di dalam membina potensi masyarakat pelbagai budaya untuk menerajui pembangunan negara.

 

 

JUMLAH PELAWAT
Sejak 11.06.14

 
 

SEKRETARIAT SEMINAR TAMADUN ISLAM & TAMADUN ASIA DAN HUBUNGAN ETNIK (SeTH) 2014
Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Malaysia
Aras 1, Bangunan Fakulti Ekonomi dan Muamalat
71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan
Tel: 06 798 6342 / 06 798 6395 (Pejabat Am) | Faks: 06 798 6343
Mel-e: seth.usim2014@gmail.com